Honda perkenalkan REBEL 2020, kini dengan ciri dan warna baharu!

1726

Pertama kali diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2017, Honda REBEL adalah
motosikal kruiser khas yang mempamerkan gaya bobber klasik namun berwajah maju dan kontemporari.

Honda REBEL

Untuk model Honda REBEL 2020, motosikal ini kini disertakan dengan banyak peningkatan dan juga ciri-ciri yang menarik. Tempat duduk dan pemijak kaki pada bahagian belakang, kini mudah untuk ditanggalkan mengikut keinginan penggunanya.



Untuk bahagian pelepasan, motosikal ini kini disertakan dengan ekzos gaya senapang 120mm yang baru, bagi memastikan pematuhan Euro4.

Motosikal ini dikuasakan oleh enjin 471 cc silinder berkembar sebaris sejukan cecair 8-injap, yang diambil dari Honda CBR500R. Enjin ini mampu menghasilkan sehingga 34hp pada 8,500rpm dan 57Nm tork pada 6,500rpm.

Honda REBEL

Keselesaan pengendaliannya ditingkatkan lagi dengan tempat duduk, topang depan dan
talaan spring yang lebih baik.

Peredam kejutan Showa berkembarnya juga kini dibekalkan gas nitrogen dengan getah peredam yang direkabentuk semula untuk tindakan yang lebih tegas.

Rangka keluli tubular yang disertakan juga akan yang menyatukan semua ciri ini untuk kedudukan menunggang yang neutral dan seimbang.

Honda REBEL 2020 yang baru kini dilengkapi dengan lampu LED secara keseluruhan,
termasuk lampu isyarat LED baru, lampu utama LED berdiameter 175mm, lampu ekor
oval ultra tipis dan lampu plat.

Honda REBEL

Meter kelajuannya merupakan paparan kompak bersaiz 100mm dengan lampu berlatar putih bersama dengan penunjuk gear baru dan paparan penggunaan bahan bakar.

Honda REBEL 2020 diberi pilihan tiga pilihan warna iaitu Matte Jeans Blue Metallic, Matte Armored Silver Metallic dan Graphite Black dan boleh didapati di semua pengedar Honda BigWing di Malaysia. Aksesori tulen Honda juga disediakan.

Harga permulaan motosikal ini bermula pada RM32,899 dan merupakan harga bilik pameran yang disyorkan. Ianya tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan pendaftaran.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Honda REBEL, pelanggan boleh mengunjungi
pusat perniagaan Honda BigWing atau menghubungi talian Bebas Tol Honda di 1-800-
88-3993 atau layari www.boonsiewhonda.com.my.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here