Baru bercinta sehari, teman wanita pinjam Nissan 350Z untuk jumpa bekas teman lelaki

9943

Seorang lelaki di Amerika Syarikat terpaksa membelanjakan sejumlah wang besar untuk membeli kereta baru kerana teman wanitanya menyebabkan kerosakan kepada keretanya apabila terlibat dalam kemal4ngan.

Dikenali sebagai Austin Grebe, dia berkata hanya bercinta dengan wanita itu dalam tempoh satu hari, sebelum wanita itu merosakkan keretanya dengan melanggar penghadang jalan.



Apa yang menyedihkan, wanita tersebut menggunakan kereta milik Austin untuk berjumpa dengan lelaki lain iaitu bekas teman lelakinya.

Wanita yang berusia 22 tahun itu difahamkan meminta untuk meminjam kereta Nissan 350Z keluaran tahun 2014 milik Austin, kerana memberi alasan ingin berjumpa dengan ibunya.

Setelah kemalangan tersebut, Austin hanya menerima pesanan dari teman wanitanya yang menyatakan dia telah mengakibatkan kerosakan pada keretanya. Austin juga terpaksa mengumpulkan maklumat tentang kejadian kerana teman wanitanya menolak untuk menerima panggilan telefon.

 Nissan 350Z

“Dia pergi dan menjemput bekas kekasihnya. Saya tidak tahu apa yang mereka lakukan atau ke mana mereka pergi tetapi pada malam itu saya menerima pesanan yang mengatakan bahawa dia telah merosakkan kereta saya.”

“Saya menelefonnya dan bertanya seperti ‘kamu baik-baik saja? Saya tidak peduli dengan kereta’. Dia tiba-tiba menyuruh saya supaya diam dan meletakkan telefon.”

 Nissan 350Z

“Saya tidak pernah merasa begitu tidak dihormati dan dikhianati. Ketika saya memikirkan tentang kereta saya dan melihatnya, saya merasa marah dan kecewa. Ia mempunyai nilai sentimental.”

“Menurut pihak polis, ada lelaki lain di dalam kereta saya. Kini dia sudah tiada dalam hidup saya lagi. Nissan 350Z saya juga total loss,” kata Austin.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here