Lelaki ini tunggang skuter sejauh 1,200km bawa isteri mengandung jawab peperiksaan

1470

Seorang lelaki dari Jharkhand, India menunggang skuter sejauh 1,200km demi menghantar isterinya yang sedang mengandung untuk menghadapi peperiksaan calon guru di Madhya Pradesh.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Dhananjay Kumar, 28, dan isterinya Soni Hembram, 22, memulakan perjalanan mereka dengan menunggang skuter dari kampung Ganta Tola, Jharkhand menuju ke pusat peperiksaan DED (Diploma Pendidikan) yang terletak di bandar Gwalior.
 
Peperiksaan ini perlu dihadiri oleh seseorang individu, untuk menjawat jawatan sebagai seorang guru.
 
Sebagai sokongan kepada isteri untuk menjadi seorang guru, Kumar sanggup mengharungi satu perjalanan yang panjang, dimana pasangan tersebut menempuh jarak sejauh 1,200km melalui empat negeri.
 
lelaki tunggang skuter

Pasangan ini tidak dapat menggunakan perkhidmatan awam untuk ke destinasi mereka, kerana semua perkhidmatan awam di India pada masa kini ditutup berikutan penularan pandemik Covid-19.



“Oleh kerana kereta api, bas dan pengangkutan awam tidak beroperasi, kami memutuskan untuk menaiki motosikal.

“Isteri saya yang sedang mengandung pada mulanya keberatan. Namun selepas melihat saya bersungguh-sungguh, dia bersetuju,” katanya.

Kumar juga berkata, jika dia menyewa teksi untuk ke Madhya Pradesh, harga yang perlu dibayar ialah 30,000 rupee (kira-kira RM1,700) dan ia satu jumlah yang besar.

Dia juga memajak semua barang kemas yang dimiliki dengan harga 10,000 rupee (kira-kira RM570) untuk kos perjalanan satu hala dan penginapan di Deendayal Nagar.

Berita mengenai pasangan itu turut dikongsi penulis India, Kiran Manral yang menyifatkan wanita itu melakukan ‘pelaburan’ terbaik dengan mengahwini lelaki yang sanggup memenuhi impiannya.

Susulan itu, satu syarikat swasta juga menawarkan pasangan itu tiket penerbangan untuk mereka pulang ke kampung halaman.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here