Pekin Ibrahim buka harga untuk Proton Satria Neo R3 Lotus Racing milik Datuk Rosyam Nor

17905

Suatu ketika dahulu, Proton pernah memperkenalkan satu versi yang sangat istimewa dari model Neo CPS mereka iaitu Proton Satria Neo R3 Lotus Racing.

Model ini mempunyai pelbagai peningkatan peralatan termasuk peningkatan enjin.



Dilengkapi dengan enjin CamPro CPS 1.6 yang mampu menghasilkan sehingga 145bhp dan 168Nm tork, kereta ini mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 9.2 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum sehingga 205km/j.

Hanya dihasilkan sebanyak 25 unit, pemilik pertama kereta ini di Malaysia ialah pelakon terkenal Mohamed Noor bin Shamsuddin atau lebih dikenali dengan Datuk Rosyam Nor.

Proton Satria Neo R3 Lotus Racing

Berdasarkan saluran Youtube Pekin Ibrahim, Pekin membuka harga untuk Proton Satria Neo R3 Lotus Racing milik Datuk Rosyam Nor pada RM280,000.

Menurut Datuk Rosyam Nor, kesemua komponen pada kereta miliknya itu seratus peratus masih original, sama seperti sewaktu pertama kali dibeli. Bacaan pada odometer kereta ini ialah 35,176km.

Kereta ini berharga RM115,000 ketika pertama kali diperkenalkan pada tahun bulan Mac tahun 2010.

Selain disertakan dengan kotak gear 5-kelajuan, kereta ini juga dilengkapi dengan sistem suspensi Öhlins DFV (Dual Flow Valve) dan mempunyai berat 62kg lebih ringan dari Proton Satria Neo CPS standard.

Proton Satria Neo R3 Lotus Racing

Ia juga dilengkapi dengan roda aloi Advanti 16 inci bersama dengan tayar Bridgestone Adrenalin 205/45, serta sistem brek cakera dari AP Racing.

Kereta rare ini sudah tentu menjadi rebutan ramai, memandangkan Proton sudah tidak lagi mengeluarkan model ikonik seperti ini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here