
Jika berlaku suatu kecemasan, majoriti setiap individu akan mengalami tekanan dan panik. Namun, perkara ini tidak berlaku kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang dikenali sebagai PJ.
PJ dengan berani bertindak memandu kereta untuk membawa neneknya, Brewer-Laye yang secara tiba-tiba tidak dapat berjalan kerana mengalami tekanan gula dalam darah yang rendah ketika melakukan senaman petang tidak jauh dari rumahnya.
“Tekanan gula dalam darah saya secara tiba-tiba turun di bawah 40 ketika saya melakukan senaman petang tidak jauh dari kawasan rumah. Saya juga tidak dapat berjalan.”
“Cucu saya, PJ menyedari keadaan saya kerana kebetulan sedang menaiki kereta mainan pacuan empat roda tidak jauh daripada situ.
“Tanpa berlengah, dia berpatah balik ke rumah, mengambil kunci dan menghidupkan enjin dan pandu kereta,” katanya.
Brewer juga berkata dia sendiri terkejut selepas melihat tindakan berani cucunya itu.
“Dengan tiba-tiba, saya lihat kereta Mercedes-Benz datang dan rupanya, PJ yang memandunya. Mana tidaknya, dia baru berusia 11 tahun,” katanya.
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian Brewer mendapat 5,100 tontonan dan 619 likes. Rata-rata warganet memuji keberanian budak lelaki berkenaan.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar