Kisah Perodua Myvi semakin hangat diperkatakan oleh masyarakat Malaysia sejak kebelakangan ini. Gaya pemanduan sesetengah pemandu kereta ini bukan biasa-biasa, ada yang sangat cermat dan ada pula yang terlebih berani di jalan raya.
Walaupun model kereta kompak, tetapi pemandunya dikatakan mencipta pelbagai ‘rekod’ di jalan raya.
Terbaharu, satu video tular memaparkan sebuah kereta Myvi yang dirakamkan dipandu laju di jalan raya, difahamkan berlaku di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Video berdurasi sembilan saat itu menunjukkan kereta berkenaan secara tiba-tiba memotong sebuah kereta lain di lorong sebelah.
https://www.facebook.com/ksktcarrental/videos/322502515691887/?extid=B3xRDQxpYFLzFAne&v=322502515691887
Apa yang mengejutkan dalam kejadian pada waktu malam itu, pemandu Myvi tersebut dengan selamba meredah pembahagi jalan.
Seperti aksi lagak ngeri dalam filem, Myvi itu meneruskan pemanduan dengan memecut lebih laju dan agak mengejutkan tanpa mengalami sebarang masalah.
Menerusi rakaman itu juga, kelihatan serpihan batu dipercayai dari pembahagi jalan yang dilalui kereta berkenaan.
Rata-rata netizen turut terkejut dengan tindakan pemandu Myvi itu yang bukan sahaja membahayakan dirinya sendiri, malah pengguna jalan raya lain.
Menjadi persoalan mereka adalah bagaimana kereta sedemikian masih mampu bertenaga selepas melanggar pembahagi jalan.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar