
Pelumba pasukan Mercedes, Lewis Hamilton memperoleh kemenangan ke-90 dalam kariernya dengan menewaskan rakan sepasukan, Valtteri Bottas pada Grand Prix Tuscan yang boleh dikatogerikan sebagai ‘luar biasa’.
Apa yang boleh kami katakan sebagai perlumbaan yang ‘luar biasa’ ialah beberapa kemalangan yang berlaku, dimana hanya sebanyak 12 dari 20 pelumba berjaya menamatkan perlumbaan.
Dengan kemenangan di Grand Prix Tuscan ini, Hamilton semakin menghampiri rekod yang pernah dihasilkan oleh Michael Schumacher iaitu dengan 91 kemenangan dalam penglibatan sukan Formula 1.
Semasa berada di podium, Hamilton mengenakan baju yang bertulis “Tangkap polis yang membunuh Breonna Taylor.”
Ianya merujuk kepada salah satu dari kontroversi yang berlaku di Amerika Syarikat, dimana pegawai polis telah menembak mati seorang orang awam berkulit hitam.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar