Minat terhadap Batman, pemuda berusia 23 tahun ini hasilkan Batmobile dengan cita rasa tersendiri

2347

Seorang pemuda dari Vietnam yang merupakan peminat tegar siri Batman, menghasilkan sendiri kenderaan yang digunakan oleh adiwira tersebut iaitu Batmobile.

batmobile batman

Nguyen Dac Chung, seorang pelajar seni bina berusia 23 tahun dari Hanoi selalu mengimpikan memandu Batmobile Tumbler, sebuah Batmobile atau kenderaan yang digunakan oleh Batman dalam siri The Dark Knight.



Dia kemudian membuat keputusan untuk merealisasikan impiannya dengan menghasilkan kenderaan tersebut, yang memakan masa selama 10 bulan dan memerlukan kos hingga USD21,700 (RM89,913).

Walaupun belum siap sepenuhnya, Batmobile yang dicipta oleh Nguyen Dac Chung ini mendapat perhatian dari masyarakat di Hanoi dan media di Vietnam.

Batmobile ini dikuasakan oleh enjin 4-silinder 400cc yang mampu menghasilkan kelajuan maksimum 100km/jam. Selain itu, sistem suspensinya terdiri dari empat penyerap hentak di depan dan dua di belakang.

batmobile batman

Untuk ruangan dalam, Batmobile ini mampu memuatkan sehingga dua orang, tetapi tempat duduknya tidaklah begitu menarik seperti Batmobile dalam siri The Dark Knight.

Nguyen Dac Chung mengakui masih perlu bekerja keras untuk reka bentuk dalaman kenderaan itu terutama bahagian lampu.

Katanya, dia menggunakan komponen dan bahan material dari Vietnam termasuk yang diimport dari Amerika Syarikat dan Korea Selatan dalam penghasilan itu.

Tayarnya saja, hanya boleh didapati dari luar negara.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here