Tiada jambatan, wanita ini guna kaedah ‘flying fox’ pada motosikal untuk seberangi sungai

2428

Kebiasaanya menaiki motosikal dan mahu seberang sungai perlu menaiki bot, sampan, titi atau pun jambatan. Ini adalah demi keselamatan penunggang dan juga pembonceng motosikal tersebut. Namun berbeza bagi dua wanita ini.

Video mereka berdua menyeberangi sungai menaiki motosikal dengan cara kreatif dan tersendiri ini mencuri perhatian ramai. Menerusi satu rakaman video, kelihatan dua wanita menyeberangi sungai menaiki motosikal yang diikat pada tali panjang.



Jika diperhatikan, cara yang digunakan sama konsep seperti aktiviti flying fox. Namun dua wanita ini menggunakan kaedah tersebut sambil menunggang motosikal. Kreatif juga idea mereka ini!

flying fox motosikal

Berikut adalah video dua wanita seberang sungai menaiki motosikal dengan cara unik yang telah dikongsikan semula oleh seorang pengguna Twitter:

Video ini difahamkan dirakam di Indonesia dan ketika artikel ini ditulis, ianya telah mencapai 171,300 tontonan, 9,700 likes dan 9,600 retweet.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here