Pemandu Tesla Model S ini tidur dan biarkan kereta dalam mod Autopilot hingga cecah 150km/j

5065

Seorang pemandu Tesla melakukan suatu perkara yang tidak munasabah, dimana dia tidur dan membiarkan keretanya berada dalam mod Autopilot.

Menurut polis Kanada iaitu Royal Canadian Mounted Police (RCMP), mereka menerima aduan mengenai kereta tersebut yang dipandu laju di Lebuhraya 2, berhampiran Panoka, Kanada.



Kereta yang bergerak di lebuhraya bukanlah satu perkara yang pelik, namun Tesla Model S ini difahamkan dipandu dalam mod Autopilot pada kelajuan 150km/j, sambil pemandu dan penumpangnya sedang tidur.

Pihak polis berjaya menghentikan kereta tersebut, yang ‘dipandu’ oleh seorang lelaki berusia 20 tahun yang berasal dari British Columbia. Dia didakwa kerana memandu dengan kelajuan yang tinggi, sementara lesen memandunya digantung sementara dalam tempoh 24 jam.

Setelah siasatan dan rundingan dilakukan, pemandu tersebut didakwa memandu secara berbahaya yang disebut sebagai “kesalahan serius di mana pemandu mengendalikan kenderaan bermotor dengan cara yang berbahaya bagi keselamatan awam.” 

Kes ini akan dibicarakan di mahkamah pada bulan Disember, dan jika sabit kesalahan pemandu tersebut akan dipenjara selama lima tahun selain denda penggantungan lesen memandu selama setahun.

tesla autopilot

“Walaupun syarikat pengeluar kini menyediakan kenderaan dengan ciri keselamatan, pemandu tidak sepatutnya mengambil kesempatan dari ciri tersebut.”

“Ianya hanya satu sistem keselamatan tambahan dan pemandu perlu sentiasa fokus semasa mengendalikan kenderaan,” kata Superintendent of Alberta’s RCMP Traffic Services dalam satu kenyataan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here