Kenapa Nissan Z Proto lambat sangat keluar? Ini penjelasannya

2931

Kereta sports Nissan Fairlady Z generasi terbaharu sememangnya mengambil masa agak lama untuk dilancarkan. Namun perkara ini sudah berlalu dengan pengenalan Nissan Z Proto baru-baru ini.

Akhirnya kita dapat melihat rupa kereta Z akan datang yang juga dikhabarkan akan diberi nama 400Z. Bos Nissan iaitu Makoto Uchida berkata Z Proto ini “dekat dengan rupa akhir”, jadi boleh dikatakan kita melihat versi produksi sekarang.



Persoalannya, kenapa Nissan mengambil masa agak panjang untuk Z ini? Sebagai rekod, Nissan 370Z tiba di bilik pameran sekitar 2008, menjadikan jarak antara keduanya 12 tahun. Tapi, tidaklah setua Nissan GT-R.

Menurut pakar produk Z, GT-R dan Nismo iaitu Hiroshi Tamura, perkara itu disebabkan menunggu masa sesuai dan menepati kehendak pasaran. Nampaknya masa sangat penting untuk Nissan, dan sekarang masa paling sesuai untuk Z.

Tapi jika anda rasakan Nissan mengambil masa terlalu lama iaitu 12 tahun untuk membangunkan model Z serba baharu sepenuhnya, terdapat kontra di situ.

Dikatakan model Z ini masih dibangunkan dari platform FM, dan walaupun diperbaharui, ia tetap platform yang telah menjadi asas kepada model Infiniti Q50 dan Q60.

Tamura-san juga berkata Z akan menjadi kereta standalone, tidak seperti pesaing kami. Hmm pandai dia berseloroh perli Toyota Supra ya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here