Tesla terkenal dengan penghasilan kereta elektrik, dimana kereta-kereta keluarannya biasanya digunakan di bandar-bandar besar.
Antara model popular ialah Tesla Model Y. Baru-baru ini, salah satu model tersebut diubah suai untuk kegunaan offroad, seperti yang dikongsi dalam saluran Youtube i1 Tesla.
Menurut jurucakapnya iaitu Brian Jenkins, Tesla Model Y ini diubah suai hanya pada beberapa bahagian.
Bahagian yang diubahsuai ialah suspensi, dimana ia kini disertakan dengan kit Mountain Pass lift 4-inci. Selain itu tayarnya juga ditukar kepada tayar Toyo A/T III dan digabungkan dengan rim Martian Wheels 18 inci.
Tekanan angin pada tayar juga dikurangkan kepada 25PSI untuk mendapatkan lebih cengkaman ketika melalui semua jenis permukaan jalan.
Dengan sedikit ubah suai yang dilakukan, kereta elektrik ini dilihat mampu melalui jalan berlumpur, jalan dengan permukaan tanah kering, dan bukit ketika ujian pemanduan dilakukan.
Ianya juga hanya mengalami sedikit kerosakan pada bahagian bawah dan sedikit kemek pada bonet belakang setelah selesai ujian pemanduan.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar