Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) – pengeluar tunggal jenama Ford di Malaysia – telah menawarkan empat (4) servis kenderaan percuma dan pilihan rebat tunai bagi kenderaan Ranger terpilih sehingga 31 Disember 2020.
Pada masa yang sama, Ford juga memperkenalkan Ranger XLT Plus facelift baharu.
Promosi ini menawarkan lebih banyak penjimatan kos pemilikan kepada para pelanggan yang membeli varian-varian Ford Ranger Raptor, WildTrak dan XLT Plus.
Pelanggan boleh membuat pilihan antara empat (4) servis kenderaan percuma yang bersamaan dengan penyelangaraan percuma selama dua tahun atau sehingga 40,000km, yang mana-mana dahulu ataupun memilih rebat tunai bernilai RM2,000.
Bagi varian Ranger XL terpilih, para pelanggan boleh menikmati rebat tunai sehingga RM7,000 dan juga rebat tunai bernilai RM7,000 bagi varian Ranger XLT terpilih.
Ford Ranger XLT Plus facelift datang dengan ciri-ciri yang dipertingkatkan sepertimana Ranger WildTrak dan Raptor.
Ini merangkumi lampu depan Bi-LED yang lebih terang, gril baharu, dan warna bampar diperincikan dengan lip bampar berwarna perak yang seiras bahagian hadapan Ranger WildTrak.
Ford Ranger XLT Plus dikuasakan oleh enjin 2.0-liter turbo yang dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan. Enjin ini menjana 180hp dan 420Nm tork.
Ia juga mendapat ciri-ciri keselesaan seperti fungsi tanpa kunci, pintu kargo belakang ringan, dan teknologi terkini seperti sistem infotainmen 8-inci dengan multimedia SYNC, kamera undur, dan 4×4 Shift On-The-Fly.
Ford Ranger XLT Plus baharu dijual pada RM129,888 (atas jalan tanpa insurans) dan datang dengan lima pilihan warna – Aluminium Metallic, Arctic White, Lightning Blue, Meteor Grey dan Absolute Black.
Kesemua barisan Ranger memiliki jaminan penuh pengeluar selama tiga tahun, atau sehingga 100,000km, yang mana-mana dahulu.
Untuk maklumat lanjut tentang promosi empat servis percuma ini dan Ford Ranger XLT Plus Facelift Baharu, sila layari https://www.sdacford.com.my.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar