Gudang di Florida ini simpan koleksi ikon-ikon JDM, dari Skyline hingga NSX!

2597

Sebuah gudang di Florida, Amerika Syarikat difahamkan menyimpan pelbagai jenis kereta JDM (Japanese domestic market).

Seperti yang dikongsi dalam saluran Youtube Tavarish, gudang ini difahamkan dimiliki oleh Prentice Performance Imports, yang merupakan pengimport kenderaan JDM yang berumur 25 tahun ke atas.



Antara model JDM yang terdapat dalam gudang tersebut adalah Honda NSX berwarna merah. Walaupun ianya dilengkapi dengan transmisi automatik dan bukannya manual, ianya tetap sebuah lagenda.

Honda NSX

Selain itu, terdapat juga sebuah Suzuki Mighty Boy yang merupakan kenderaan yang diperkenalkan antara tahun 1983 dan 1988. Ianya bersaiz kecil dan dilengkapi dengan roda 10-inci.

jdm
Suzuki Mighty Boy

Mazda RX-7 dan Toyota Supra juga berada dalam koleksi ini.

Gudang milik Prentice Performance Imports ini juga ada menyimpan model ikonik dari Nissan iaitu Skyline R32, R33 dan Figaro.

jdm
Nissan Figaro (kanan)

Untuk Nissan Figaro, syarikat pengeluar dari Jepun tersebut memperkenalkan model ini pada tahun 1991, dimana ia dilengkapi dengan pacuan roda hadapan (FWD).

Sebanyak 20,000 dari model ini pernah dihasilkan, dan kesemuanya disertakan dengan stereng pemanduan kanan (RHD).

Terdapat beberapa kereta lain yang sangat menarik dalam koleksi ini, dan ada antaranya mungkin belum pernah anda dengar. Antaranya ialah Honda Beat, Suzuki Cappuccino, dan Autozam AZ-1.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here