Kebanyakan pemilik kereta pasti akan menyimpan beberapa peralatan-peralatan membaiki di dalam kereta, sama ada alat untuk menukar tayar seperti jack hidraulik mahupun spanar. Alat-alat sebegini ini perlu disimpan untuk kegunaan semasa kecemasan.
Bagi mereka yang tidak begitu mengambil berat tentang keperluan di waktu kecemasan kerana lebih selesa menghantar kereta ke bengkel mungkin tidak begitu kenal dengan alat-alat biasa yang digunakan untuk mengendalikan kereta.
Begitu juga dengan seorang wanita dari Indonesia ini yang berkongsikan kesilapannya dalam sebuah video. Melalui video tiktok yang dikongsikan semula, wanita itu meluahkan bahawa dia menjadi resah dan sedih selepas masuk ke dalam kereta suaminya.
Semuanya kerana dia menemui gincu yang bukan miliknya di bekas letak barang di tepi pintu. Dia kemudian bertanya kepada suaminya jika ada rakannya yang tertinggal gincu yang mana suaminya menjawab tidak.
The World of the Married versi dunia nyata. Lelaki bisa nggak sih menjaga perasaan istrinya? 🤬😡 pic.twitter.com/l2vxeeiu7m
— 🚽 Tontonan Saat Berak 🚽 (@repvblikvideo) September 22, 2020
Apabila suaminya minta ditunjukkan gincu yang ditemuinya itu wanita itu pun menunjukkan pada suaminya, dan membuat suaminya ketawa.
Selepas dijelaskan barulah wanita itu tahu bahawa yang ditemuinya itu bukan gincu tapi spanar soket untuk putarkan skru.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar