Pasukan Petronas Yamaha secara rasmi mengumumkan bahawa Valentino Rossi akan sertai mereka pada musim MotoGP 2021.
Khabar angin tentang kehadiran Rossi dalam pasukan Petronas Yamaha ini akhirnya disahkan menjelang kelayakan ke Grand Prix Catalanya 2020, dimana dia akan bergabung bersama Franco Morbidelli.
Tempat juara dunia tujuh kali ini dalam pasukan Yamaha Factory Racing diambil alih oleh Fabio Quartararo, yang akan berganding bersama Maverick Vinales pada musim hadapan.
Rossi yang akan berusia 42 tahun pada bulan Februari tahun hadapan masih ‘dahaga’ untuk terus berlumba, setelah pertama melibatkan diri dalam perlumbaan MotoGP pada tahun 2000.
“Saya banyak berfikir sebelum mengambil keputusan ini, kerana cabaran siri MotoGP semakin sengit. Untuk terus berada di hadapan, anda perlu banyak bekerja dan bersungguh-sungguh, untuk berlatih setiap hari dan menjalani ‘kehidupan atlet’. Saya masih sukakannya dan masih ingin berlumba,” kata Rossi.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar