Hyundai Pony, kereta pertama keluaran Hyundai 45 tahun yang lalu

1993

Hyundai pada hari ini merupakan salah satu syarikat pengeluar kenderaan yang mampu bersaing dengan gergasi automotif seperti Jepun dan Jerman. Barisan pengeluaran mereka juga kini terdiri daripada hatchback hingga ke crossover.

Ditambah dengan kereta hibrid dan elektrik, barisan pengeluaran Hyundai kini berada pada tahap yang sangat komprehensif. 



Namun, jika kembali pada tahun 1975 ketika memperkenalkan kenderaan pertama mereka, Hyundai berada di tahap yang berbeza.

Sebelum tahun 1975, Hyundai hanyalah satu syarikat pemasangan kenderaan bawah kendalian Ford di Korea Selatan.

Mereka pernah menghasilkan kereta seperti Cortina, Taunus, dan Granada.

Hyundai Pony

Titik permulaan mereka dalam dunia penghasilan kereta bermula apabila mereka menghasilkan kereta yang diberi nama Hyundai Pony, 45 tahun yang lalu. Dihasilkan dengan kerjasama dari bekas jurutera iaitu Morris, kereta ini dikuasakan oleh enjin dari Mitsubishi.

Pony diinspirasikan dari Ford Cortina, dan direka bentuk oleh Giorgetto Giugiaro yang juga merupakan pereka kereta ikonik dari Korea Selatan iaitu Delorean DMC-12.

Walaupun begitu, Pony tidak menghasilkan jumlah jualan yang banyak ketika pertama kali dilancarkan. Ini kerana, harganya terlalu mahal sehingga Hyundai sukar untuk mengeksportnya ke Eropah dan Kanada.

Hyundai Pony

Bernasib baik, jualan Pony mula meningkat selepas beberapa tahun diperkenalkan. Ia bahkan menjadi satu-satunya kereta penumpang Hyundai selama 7 tahun sebelum kemunculan Hyundai Stellar yang popular pada tahun 1982.

Meskipun Pony tidak menghasilkan jumlah jualan yang banyak, penghasilan kereta ini membuktikan Hyundai mampu menghasikan dan mengembangkan kereta.

Untuk makluman, Hyundai Pony dikuasakan oleh enjin 1.2 liter 4-silinder yang mampu menghasilkan sehingga 54hp. Ia juga mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 15.3 saat.

Dari menjual ribuan kereta setiap tahun, Hyundai kini mampu menghantar jutaan kenderaan ke seluruh dunia. Pada tahun 2019, Hyundai menjual lebih dari 4.4 juta kenderaan, dan itu belum termasuk Kia, yang menjadi milik mereka pada tahun 1998.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here