10 Perodua Myvi untuk jururawat Wad Diraja HSA sebagai tanda penghargaan – Sultan Johor

2030

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar sememangnya dikenali sebagai seorang sultan yang sangat berjiwa rakyat dan sering mengambil berat tentang kebajikan rakyat. Jadi tidak hairanlah jika baginda antara sultan yang sangat disenangi rakyat.

Sultan Ibrahim semalam berkongsikan perkhabaran gembira apabila berkenan mengurniakan 10 unit Perodua Myvi kepada jururawat yang bertugas di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.



Menerusi perkongsian di Facebook rasmi baginda, pengurniaan 10 unit Myvi biru itu adalah bagi menzahirkan penghargaan di atas sumbangan serta khidmat para jururawat kepada baginda dan keluarga diraja Johor.

Salah seorang penerima yang juga merupakan penyelia Jururawat, Rokiah Samin yang bertugas di Wad Diraja HSA sejak 2006, melahirkan perasaan syukur di atas kurniaan berkenaan.

“Mewakili mereka yang lain, saya menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Baginda Tuanku Sultan di atas kurniaan ini.”

10 myvi

“Besar sungguh nilainya kepada kami semua, dan kami juga sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan DYMM Sultan Johor serta Keluarga Diraja Johor,” katanya.

Turut berkongsi perasaan syukur, Nuraini Aziz, 28, yang hadir sendiri untuk menerima kenderaan berkenaan walaupun masih dalam tempoh pantang selepas melahirkan anak pada tiga hari yang lalu.

“Saya bersyukur kerana dapat hadir kerana ini merupakan satu kenangan yang sangat istimewa. Kami akan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada DYMM Sultan Johor dan Keluarga Diraja Johor,” katanya.

Kesemua 10 unit Perodua Myvi tersebut diserahkan dalam satu majlis yang diadakan di Larkin, Johor Bahru.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here