“Macam ada benda yang tak kena”, Lamborghini Murcielago SV ini rupanya guna rim BMW

21329

Lamborghini hanya pernah hasilkan sebanyak 186 unit Murcielago SV, dan salah satu unit yang terdapat di negara kita baru-baru ini dilihat diubah suai dengan agak pelik.

"<yoastmark

Lamborghini Murcielago SV yang baru keluar kilang dilengkapi dengan satu set roda yang disertakan dengan warna hitam berkilat. Rim yang disediakan sesuai dengan rupa bentuk agresif model ini, namun Murcielago SV ini menggunakan rim dari BMW.



Gambar ini dikongsi di Reddit beberapa hari lalu, dimana Murcielago SV yang berwarna kuning tersebut difahamkan berada di sebuah kedai tayar yang terdapat di Malaysia.

Ramai netizen mempersoalkan mengapa Murcielago SV tersebut menggunakan rim dari BMW dan akan adakah ia akan dibiarkan begitu sahaja.

Namun berdasarkan komen pada gambar, kedai tayar tersebut difahamkan mungkin menggunakan rim BMW tersebut buat sementara waktu sahaja, sementara menunggu rim asal Murcielago SV tersebut dibaiki, atau dipasang dengan tayar baru.

Dengan memasang rim dari BMW tersebut, pihak kedai dapat menjimatkan ruang dan tenaga kerja mereka. Walaupun begitu, sebuah Lamborghini Murcielago SV akan dilihat pelik jika menggunakan rim dari jenama lain.

Lamborghini Murcielago SV

Lamborghini pada asalnya ingin mengeluarkan sebanyak 350 unit supercar ini. Namun, mereka telah menghentikan pengeluarannya setelah mencapai 186 unit untuk memberi fokus kepada barisan pengeluaran model Aventador.

Supercar ini dikuasakan oleh enjin V12 6.5-liter naturally aspirated yang mampu menghasilkan sehingga 661hp pada 8,000rpm dan 660Nm tork.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

1 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here