Rolls-Royce tamatkan ujian pesawat elektrik terpantas di dunia

1642

Rolls-Royce dilaporkan menamatkan ujian pesawat elektrik terpantas di dunia mereka dalam replika berskala penuh, yang diberi nama ionBird.

Rolls-Royce pesawat elektrik

Pesawat ini akan dikuasakan powertrain elektrik berkuasa 500hp dan kapasiti bateri yang besar, dimana ciri ini berpotensi cukup untuk mencipta rekod dunia sebagai pesawat elektrik terpantas.



Semasa ujian dijalankan, kipas ionBord berpusing dengan kelajuan penuh pada 2,400rpm sambil dikuasakan oleh 6,000 pek bateri yang direka secara khas untuk memacu pesawat.

Rolls-Royce pesawat elektrik

Menurut Rolls-Royce, enjin pesawat ini mampu menerbangkannya hingga kelajuan 480km/j. ionBird juga difahamkan mampu terbang sehingga 320km.

Projek ionBird yang dihasilkan oleh Rolls-Royce ini sesuai dengan inisiatif ‘Accelerating the Electrification of Flight’ (ACCEL), yang bertujuan mencapai tahap sifar pelepasan karbon menjelang tahun 2050 yang diperkenalkan oleh kerajaan United Kingdom.

Bremont, sebuah syarikat jam tangan mewah di United Kingdom juga difahamkan memberi bantuan dalam penghasilan kokpit pesawat ini. Syarikat ini juga akan menjadi rakan kongsi rasmi Rolls-Royce untuk percubaan rekod kelajuan untuk pesawat elektrik.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here