SS Dolphin, jelmaan Corvette C1 1958 dari China

1971

Syarikat pengeluar kenderaan dari China popular dengan kepakaran mereka dalam meniru model kenderaan dari syarikat pengeluar lain. Malah kenderaan yang dihasilkan hampir sama termasuk pada bahagian-bahagin yang kecil.

SS Dolphin

Hal ini berlaku kepada SS Dolphin, yang merupakan kereta keluaran Songsan Motors. Kereta ini difahamkan dihasilkan menyerupai Corvette C1 1958 dan berkemungkinan akan dipamerkan di Beijing Motor Show 2020.



Memandangkan SS Dolphin ialah kenderaan moden, ia disertakan dengan lampu depan jenis LED dan grill dengan kemasan krom. Kereta ini juga disertakan dengan rupa bentuk dan reka bentuk yang sama seperti C1.

SS Dolphin

Dari segi ukuran, SS Dolphin berukuran 4,800mm panjang, 1,850mm lebar dan 1,390mm tinggi. Secara keseluruhan, kereta ini mempunyai ukuran 300mm lebih panjang dan 94mm lebih tinggi berbanding C1.

Untuk ruangan dalam, kereta ini juga disertakan dengan ciri-ciri klasik dari Corvette tetapi lengkap dengan teknologi terkini.

Menurut Songsan Motors, SS Dolphin merupakan kereta plug-in hybrid (PHEV) yang dilengkapi dengan enjin 1.5-liter turbo dan motor elektrik.

SS Dolphin

Powertrain kereta ini difahamkan bersumber dari BYD, dan pek bateri yang disediakan membolehkan kereta ini bergerak dalam jarak 90-100km dengan hanya menggunakan tenaga elektrik.

Kereta ini juga mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 4.9 saat.

Harganya bermula pada 590,000 Yuan (RM361k), yang menjadikannya hampir 50 peratus lebih mahal dari Chevrolet Camaro yang baru di China.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here