Versi remaster untuk permainan video popular Need For Speed: Hot Pursuit akan dilancarkan tidak lama lagi. Anda akan dapat bermain NFS: Hot Pursuit ini nanti di PC, PlayStation 4 dan Xbox One bermula 6 November dan Nintendo Switch seminggu kemudian.
Permainan video pelumba haram berkejar dengan polis yang asal keluar pada 2010. Jadi antara perkara paling ketara yang dapat anda lihat pada versi remastered ini ialah grafik yang jauh lebih baik dengan teknologi hari ini.
Permainan video terbaharu ini juga mampu dimain dengan mod multiplayer cross-platform. Maka anda boleh bermain bersama rakan anda tidak kira sistem/platform apa mereka gunakan.
Need For Speed: Hot Pursuit Remastered hadir dengan pelbagai kandungan yang boleh dimuat-turun, serta mod gambar dan pencapaian baharu.
Autolog juga kini kembali, iaitu jaringan sosial dalam permainan video yang membolehkan anda melihat pencapaian dan perkembangan rakan-rakan anda.
Bergantung kepada platform mana yang anda gunakan, anda boleh bermain dalam pelbagai tahap kualiti video termasuklah 4K.
Pada PlayStation 4, Xbox One dan Nintendo Switch, permainan video ini akan berfungsi pada 1080p dan 30fps.
Sementara itu pada PlayStation 4 Pro dan Xbox One X, pemain boleh memilih mod resolusi tinggi 1080p 60fps, atau mod rendah 4K 30fps.
Need For Speed: Hot Pursuit Remastered akan dijual pada harga USD39.99 untuk PS4, Xbox One dan Nintendo Switch, dan USD29.00 pada Steam dan Origin.
Inilah versi Need For Speed sebenar yang kami main masa kecil dulu, iaitu polis kejar pelumba memandu supercar di jalan terbuka, dan bukan scene modifikasi yang berlumba dalam bandar.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar