Patuhi had tetamu di England, pengantin ini anjurkan majlis perkahwinan ‘drive in’

1290

Had tetamu untuk sesebuah majlis di England sememangnya diminimakan kerana penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia pada ketika ini.

Walau bagaimanapun, satu pasangan pengantin baru ini tetap mengadakan majlis perkahwinan mereka tetapi dengan kaedah ‘drive-in‘, yang dihadiri oleh 250 orang tetamu.



Dikenali sebagai Roma Popat dan Vinal Patel, mereka mengadakan majlis tersebut di Braxted Park di Chelmsford, Essex, dimana tetamu yang hadir dapat melihat mereka dari dalam kereta masing-masing melalui layar besar yang disediakan.

 

majlis perkahwinan drive in

Sepasang pengantin yang berusia 30 tahun ini kemudian dibawa menaiki kereta golf mengelilingi kawasan majlis untuk melambaikan tangan kepada tetamu.
 

Para tetamu yang hadir disediakan dengan makanan ringan, gel pembasmi kuman dan plastik sampah, yang akan dihantar oleh individu yang bertugas.

majlis perkahwinan drive in

Majlis perkahwinan ‘drive-in‘ selama empat jam itu juga membenarkan tetamu membuat pesanan makanan daripada laman web yang ditetapkan sebelum dihantar terus ke kenderaan mereka sahaja.

Menurut pasangan itu, majlis mereka pada hari adalah luar biasa dan sedikit berbeza dengan apa yang dirancangkan.

 

majlis perkahwinan drive in

“Kami menerima banyak panggilan dan mesej daripada tetamu yang mengatakan mereka cukup teruja dan menikmati pengalaman menghadiri majlis perkahwinan sedemikian.

“Ia merupakan detik yang tidak akan kami lupakan,” kata Roma.

Menurut peraturan semasa di England, tetamu yang hadir pada sesuatu majlis telah dikurangkan dari 30 orang kepada 15 orang, berikutan kes Covid-19 yang semakin meningkat di negara tersebut.
 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here