“Litar ini sangat bagus. Saya sangat menyukainya kerana di televisyen kelihatan sukar tetapi kenyataannya lebih baik,” kata Valentino Rossi. Beliau juga menceritakan saat dimana sebanyak 3 kali motosikalnya terbang sewaktu memecut.
“Ini kerana treknya sukar, teknikal, dan ada 3-4 lokasi yang cukup mengerikan kerana akan mudah mengakibatkan motosikal melompat tinggi,” kata Rossi.
Pelumba Monster Energy Yamaha, Valentino Rossi dan 15 penunggang MotoGP telah diberi peluang mencuba litar Algarve di Portugal.
Litar Algarve yang lebih dikenali dengan nama Portimao merupakan litar baru yang akan menjadi penutup siri MotoGP Portugal 2020 pada 20-22 November nanti. Litar Algarve unik kerana mempunyai pelbagai ketinggian yang berbeza di hampir semua bahagian litar.
Turut melakukan percubaan di litar Portimao ialah rakan sepasukan Rossi iaitu Maverick Vinales.
Semasa ujian percubaan litar tersebut, setiap penunggang dari pasukan pengeluar kilang tidak dibenarkan menunggang motosikal yang digunakan sewaktu MotoGP. Kebenaran hanya diberi sewaktu ujian masa ketika Kejohanan MotoGP sahaja.
Kenyataan dari Rossi tentang litar Portimao membuatkan pelumba lain tersenyum. Rossi mengakui litar Portimao adalah indah kabar dari rupa. Baginya litar tersebut tidak mengerunkan seperti yang dibayangkan.