Honda Ridgeline 2021 dengan gaya lebih rugged, 3.5-liter V6, untuk Amerika sahaja!

2150

Honda memberikan kemaskini kepada Ridgeline, iaitu trak pikap bersaiz penuh untuk pasaran Amerika Utara. Honda Ridgeline 2021 menerima perubahan pada bahagian depan, plat tepi baharu, rim 18-inci, dan gaya belakang lebih gagah berserta dua ekzos.

Pelanggan juga boleh memilih untuk melengkapkan Ridgeline mereka dengan pakej Honda Performance Development (HPD) yang boleh mula didapati di Amerika Syarikat tahun depan.



Bahagian atas Honda Ridgeline ini dikira tiada perubahan, cuma ia mendapat rupa depan yang lebih bersegi dengan crossbar pada gril yang direka semula. Bar ini berwarna hitam berkilat atau krom, bergantung kepada varian.

Di bawah, bampar depan mendapat lebih banyak perubahan, kini dengan ruang udara tepi yang membantu pergerakan udara dalam fender depan. Semua Ridgeline 2021 didatangkan dengan rim 18-inci dan tayar all-season.

Berkenaan pakej HPD, ia hampir sama dengan kit yang ditawarkan oleh TRD Pro untuk Toyota Tundra. Pakej HPD ini memberikan gril lebih agresif yang berwarna hitam, fender hitam, rim gangsa, dan grafik HPD pada tepi ruang kargo belakang.

Semua varian Honda Ridgeline 2021 akan dikuasakan enjin 3.5-liter V6 berkuasa 280hp, dan dipadankan dengan transmisi automatik 9-kelajuan.

Varian RTL-E dan Black Edition mendapat pacuan semua-roda sebagai standard, tetapi AWD ini adalah pilihan untuk model Sport dan RTL. Pacuan semua-roda ini menambah kapasiti tunda kepada 5,000 pound (2,268kg).

Untuk bahagian dalaman, trak ini diberikan sistem paparan audio yang dikemaskini dengan grafik baharu serta tombol fizikal untuk pelarasan bunyi.

Ciri lain adalah jahitan kontra baharu, dan beberapa kemasan baharu pada konsol tengah, stereng dan papan pemuka.

Ridgeline juga dilengkapi dengan Honda SENSING sebagai standard, yang merangkumi Forward Collision Warning, Lane-Keep Assist, Lane Departure, dan Adaptive Cruise Control.

Honda Ridgeline 2021 akan tiba di AS awal tahun depan dengan harga permulaan USD35,000 (RM145,180).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here