Mercedes-Benz secara rasmi umum perlahan-lahan ‘hapuskan’ transmisi manual

1774

Baru-baru ini, Mercedes-Benz difahamkan akan perlahan-lahan ‘menghapuskan transmisi manual’ pada kenderaan mereka bagi mengurangkan kos dan melancarkan proses pengeluaran.

mercedes-benz transmisi manual

Menurut ketua R&D Mercedes-Benz iaitu Marcus Schaeffer, syarikat pengeluar dari Jerman tersebut akan maju ke hadapan dengan ‘pengurangan platform yang besar’ dan ‘pengurangan yang dramatik kepada pembakaran enjin’.



Berita ini nampaknya tidak begitu menyedihkan kepada masyarakat di Amerika Syarikat dan juga Eropah. Ini kerana, Mercedes tidak menjual kenderaan yang dilengkapi transmisi manual di Amerika Syarikat sejak tahun 2011.

Kenderaan Mercedes di Eropah dengan transmisi manual juga difahamkan kini sangat terhad, dimana hanya model A-Class merupakan satu-satunya model yang dilengkapi dengan transmisi manual masih dijual di United Kongdom.

“Kami akan mengurangkan portfolio powertrain ICE kami sebanyak 40 peratus hingga 2025 dan 70 peratus pada tahun 2030. Ini bermakna, kami tidak akan menawarkan transmisi manual dalam tempoh tersebut.”
 
“Namun, perubahan ini akan berlaku ‘secara semula jadi’ ketika kami berubah menjadi kenderaan generasi baru,” kata jurucakap Mercedes-Benz yang dihubungi oleh The Drive.
 
Ini bermakna, Mercedes tidak akan serta merta menghapuskan transmisi manual, namun ia akan dilakukan secara berperingkat.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here