Ducati Multistrada V4 ialah motosikal pertama di dunia dilengkapi radar

1422

Ducati baru-baru ini mengumumkan mereka telah memulakan pengeluaran bagi Multistrada V4. Ianya motosikal pertama di dunia yang dilengkapi dengan teknologi radar depan dan belakang.

Ducati Multistrada V4

Pengeluaran Ducati Multistrada V4 telah bermula di kilang Ducati di Borgo Panigale, dan akan diperkenalkan secara rasmi di seluruh dunia pada 4 November.



Teknologi radar pada Multistrada V4 akan menjadikan ia sebuah motosikal yang lebih maju daripada pesaingnya, dengan menawarkan tahap keselesaan dan sistem bantuan tunggangan yang baru.

Menurut Ducati, teknologi ini sangat berguna ketika dalam perjalanan yang jauh. Mereka juga menyatakan telah merancang memberikan sistem berasaskan radar sejak 2016 dan memerlukan tempoh empat tahun berikutnya untuk membangunkan teknologi ini pada Multistrada.

Teknologi kerjasama dengan Bosch itu mempunyi radar dengan dimensi yang padat dan seberat 190 gram.

Radar pada bahagian hadapan motosikal mampu mengawal operasi ACC (Adaptive Cruise Control), dimana ia akan mengawal brek dan kadar pecutan secara automatik mengikut jarak dari kenderaan lain pada kelajuan antara 30km/j hingga 160km/j. 

Penunggang dapat mengekalkan kawalan motosikal secara berterusan dalam pelbagai keadaan dan untuk sistem ini, mengawal aspek pecutan dan nyahpecutan.

Ducati Multistrada V4

Untuk radar pada bahagian belakang, ia dapat mengesan kenderaan yang berada di titik buta motosikal, dan memberi isyarat kepada penunggang jika kenderaan di titik buta tersebut menghampiri dalam kelajuan yang tinggi.

Ducati juga berkata teknologi radar ini akan menawarkan keselamatan kepada penunggang yang berkemungkinan besar dapat mencegah dari berlaku kemalangan.

Motosikal ini dikuasakan oleh enjin V4 yang direka khas untuk perjalanan yang jauh. Maklumat tentang enjin ini boleh didapati apabila ia akan diperkenalkan secara rasmi pada 15 Oktober.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here