Gara-gara lari dari polis, penunggang skuter ini sebabkan kemalangan libatkan 10 kenderaan

2533

Seorang penunggang skuter di Taiwan berdepan detik cemas apabila dia menjadi punca kemalangan yang melibatkan 10 kenderaan lain. Kejadian difahamkan berlaku di New Taipei City.

Penunggang skuter berusia 43 tahun tersebut pada awalnya diarahkan oleh pihak polis untuk berhenti kerana dia menunggang di lorong yang tidak dibenarkan. Namun, dia menolak untuk berhenti dan menukar lorong secara tiba-tiba, bahkan cuba memotong kereta peronda polis.



Dia kemudian secara tiba-tiba menukar lorong paling kanan jalan raya dan terjatuh dari motosikal kerana dilanggar oleh sebuah trak pikap. 

penunggang skuter

Pihak polis yang menyaksikan kemalangan itu bergegas ke tempat kejadian bagi mengambil tindakan susulan kepada penunggang skuter tersebut dan memberi amaran lalu lintas.

Namun secara tiba-tiba, sebuah trak yang dipandu laju di lorong paling kanan tersebut tidak sempat membrek dan melanggar bahagian belakang sebuah bas pelancongan.

Hentaman dari kemalangan tersebut melibatkan 10 buah kenderaan lain termasuk sebuah minivan. Trak tersebut terus bergarak tanpa dapat dikawal sejauh beberapa meter sebelum dapat berhenti sepenuhnya.

Berdasarkan rakaman dashcam, bagi mengelakkan kecederaan dari kemalangan tersebut, salah seorang pegawai polis berjaya menarik penunggang skuter tersebut ke tepi jalan manakala dua pegawai polis yang lain berjaya melompat melepasi penghadang jalan.

 

Daripada kemalangan secara besar-besaran tersebut, empat orang difahamkan mengalami kecederaan. Penunggang skuter tersebut kini koma dan mengalami kecederaan pada organ lain dan disahkan negatif bagi ujian alkohol.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here