Brek motosikal BMW 1000 RR milik Alif Satar dicuri di parkir kondominium

3232

Penyanyi dan pengacara, Alif Satar atau nama sebenarnya Muhammad Alif bin Mohd Satar, kesal apabila alatan dan komponen pada motosikalnya  dicuri pihak tidak bertanggungjawab, semalam.

motosikal alif satar

Menurut Alif, 30, beberapa komponen antaranya sistem brek pada motosikal berkuasa tinggi jenama BMW 1000 RR keluaran tahun 2012 yang diparkir di kawasan kondominiumnya didapati hilang.



“Salam Jumaat! Nak pesan, curi barang orang berdosa. Jangan main-main dengan doa orang yang teraniaya.

Parking dekat kondominium sendiri, motosikal ada tapi brek tak ada. (Pencuri) potong brake harness dan brake caliper,” katanya.

Alif juga berkongsi mengenai perkara itu menerusi laman Instagram miliknya.

Sementara itu, Alif berharap pelaku berkenaan segera bertaubat dan tidak lagi mengulangi perbuatannya itu.

“Kalau sesiapa kenal ada orang buat kerja macam ni, nasihatkan dia dan suruh dia bertaubat dan minta maaf dengan orang yang dia aniaya,” katanya.

Perkongsian Alif Satar di laman Instagram tersebut menerima pelbagai reaksi dan komen daripada pengikutnya.

Untuk makluman, BMW 1000 RR keluaran tahun 2012 ini dikuasakan enjin 999cc empat lejang, empat silinder sebaris yang mampu menghasilkan sehingga 190.4hp pada 13,000 rpm dan 112Nm tork pada 9,740 rpm.

Motosikal ini mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 2.9 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 300km/jam.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here