Chevrolet Corvette Stingray C8 2020 tiba di pasaran Timur Tengah

2415

Chevrolet Corvette Stingray C8 2020 secara rasmi telah dilancarkan di Timur Tengah dan mula diedarkan ke pusat pengedar tempatan.

 Chevrolet Corvette Stingray C8 2020

Pada mulanya, model ini akan ditawarkan dengan versi Coupe dan untuk versi Convertible, ia akan diperkenalkan kemudian. Pakej Prestasi Z51 juga akan disediakan sebagai pilihan, serta tahap trim 1LT, 2LT, dan 3LT yang sama seperti yang dijual di seluruh Amerika Utara.



Walau bagaimanapun, harga untuk model ini masih belum didedahkan.

 Chevrolet Corvette Stingray C8 2020

Apa yang menarik, walaupun model di Timur Tengah keluaran tahun 2020, ia akan disediakan dalam pelbagai pilihan warna sama seperti Corvette 2021 di Amerika Syarikat.

Warna baru iaitu Red Mist Tintcoat dan Silver Flare juga diperkenalkan, bagi menggantikan warna Long Beach Red dan Blade Silver pada model 2020. Pembeli juga akan ditawarkan dengan pakej Full-Length Dual Racing Stripe dan Carbon Flash Racing Stripe.

 Chevrolet Corvette Stingray C8 2020

“Reka bentuk enjin tengah bukan hanya menghasilkan prestasi tinggi tetapi juga bergantung kepada keseluruhan reka bentuk keseluruhan sesebuah kenderaan,” kata ketua jenama Chevrolet Timur Tengah, Farah Amhaz.

Chevrolet Corvette Stingray C8 2020 dikuasakan oleh enjin V8 6.2-liter naturally-aspirated yang mampu menghasilkan sehingga 495hp dan 637Nm tork.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here