Video: SSC Tuatara kini kereta produksi terpantas di dunia – 532km/j!

2391

SSC mengesahkan mereka telah memecahkan rekod kelajuan tertinggi untuk kenderaan produksi dengan supercar Tuatara mereka.

Dengan 1,750hp, SSC Tuatara mencapai kelajuan maksima 331 batu sejam (532.7 km/j), menjadikannya kereta produksi terpantas di dunia, mengalahkan Bugatti Chiron Super Sport 300+ (300 batu sejam atau 482.8 km/j).



Rekod ini dibuat pada 10 Oktober lepas di jalan lurus sejauh 7 batu (11.2 km) iaitu Nevada State Route 10, di pinggir Las Vegas. Jalan ini macam biasa kedengaran?

Ya, inilah tempat yang sama Koenigsegg mencatatkan rekod kelajuannya pada 2017, mencapai 277.9 batu sejam (447 km/j).

Tidak seperti Bugatti yang mencatatkan rekod pada satu arah, SSC ini dipandu kedua-dua arah untuk mengambil-kira perbezaa rintangan udara. Ia mencatatkan kelajuan 301.07 dan 331.15 batu sejam (484.5 dan 532.9 km/j).

Jadi rekod yang dikira ialah bacaan purata kedua-dua arah ini, iaitu 316.11 batu sejam (508.7 km/j). Video onboard penuh boleh ditonton di bawah ini.

Tambahan itu, Tuatara turut mencatatkan rekod flying mile terpantas (313.12 batu sejam), flying kilometre terpantas (517.16km/j) dan kelajuan tertinggi dicapai di jalanraya awam (331.15 batu sejam).

“Ia boleh pergi lagi,” kata pemandunya, Oliver Webb. “Dengan keadaan lebih baik, saya yakin kami boleh pergi lebih pantas.

“Semasa saya mencapai 331 batu sejam, Tuatara memecut lebih 20 batu sejam dalam 5 saat terakhir. Ia masih memecut dengan pantas.

“Seperti yang saya beritahu kepada CEO (Jerod Shelby), kereta itu belum kehabisan tenaga. Angin lintang yang menghalang kami dari mencapai had kereta.”

SSC Tuatara ialah jentera dua-tempat duduk berenjin tengah buatan Amerika Syarikat (AS) yang dikuasakan enjin 5.9-liter twin-turbo V8. Ia menghasilkan 1,750hp dengan bahan api E85.

Ia hanya seberat 1,247kg hasil dari penggunaan bahan gentian karbon, dan hanya mempunyai pekali seretan (drag coefficient) sebanyak 0.279.

Ini bukan kali pertama SSC membina jentera untuk rekod dunia kelajuan maksima. Pada 2007, SSC Ultimate Aero menjadi kereta produksi terpantas di dunia dengan kelajuan purata 256.14 batu sejam (412 km/j), mengalahkan raja top speed pada masa itu, Bugatti Veyron.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here