BMW 330e M Sport kini di Malaysia, PHEV terbaharu dengan 292hp dan 420Nm

1815

Seperti dijangka, BMW Malaysia telah memperkenalkan 330e, iaitu variasi PHEV (plug-in hybrid) untuk model 3-Series generasi G20 mereka.

BMW 330e ini hadir dengan pakej M Sport, dan ditawarkan dengan harga RM264,613.13 (atas jalan, tanpa insurans) selepas pengecualian cukai jualan.



Jentera PHEV ini dikuasakan oleh enjin 2.0-liter 4-silinder petrol TwinPower Turbo dengan teknologi XtraBoost.

Enjin ini menghasilkan 292hp dan 420Nm tork, dan dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan Steptronic Sport.

Ini membolehkan 330e M Sport memecut dari pegun ke 100km/j dalam 5.9 saat sahaja, dan mencapai kelajuan maksima 230km/j. Walaubagaimanapun, penggunaan bahan api adalah serendah 2.2 liter/100km.

Berkenaan XtraBoost, ia boleh diaktifkan dalam mod Sport atau apabila memilih transmisi di posisi S atau M.

Kelengkapan luaran 330e M Sport ini termasuklah lampu depan LED sepenuhnya, lampu belakang tiga-dimensi berbentuk-L yang juga LED, serta rim aloi ringan M bersaiz 18-inci.

Kelengkapan M Sport lain adalah brek M Sport, suspensi adaptif M Sport, stereng sports, dan pakej kemasan luar M Aerodynamics.

Di bahagian dalam, BMW 330e M Sport mendapat kemasan Aluminium Tetragon dan pelapik siling anthracite dari BMW Individual.

Juga dilengkapkan pada 330e adalah BMW Digital Key, roda stereng M Sport, pendingin hawa tiga-zon, paparan instrumen digital 12.3-inci, dan unit infotainmen tengah dengan skrin 10.25-inci.

Lima warna boleh dipilih untuk kereta ini, iaitu Alpine White, Black Sapphire, Portimao Blue, Mineral Grey, dan Sunset Orange.

Pemilik 330e juga akan mendapat jaminan bateri sehingga 8 tahun atau 160,000km, dan tawaran ini terhad kepada mereka yang membuat pembelian sehingga 31 Disember 2020 sahaja.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here