Baru-baru ini tular satu satu video yang memaparkan situasi pandu lalu di sebuah cawangan McDonald’s. Apa yang membuatkan video itu menarik perhatian ramai adalah kenderaan yang digunakan oleh pelanggan restoran makanan segera itu.
Dalam rakaman tersebut kelihatan sebuah kereta lumba dipandu memasuki barisan pandu lalu McDonald’s itu dengan bunyi enjinnya yang kuat memang mencuri perhatian.
Berikut adalah video yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter baru-baru ini:
Kepala otak dia drive thru guna kereta nii😂😂 pic.twitter.com/CytRpinN8w
— لقمان هافيز (@lukemanhafiz) October 17, 2020
Kereta lumba tersebut difahamkan adalah jenis McLaren 650S GT3 dan restoran McDonald’s dalam video itu terletak di Putrajaya. Gelagat pemandunya juga mencuri perhatian kerana dia lengkap berpakaian baju lumba dan topi keledar.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 283.6k tontonan, 14.7k likes dan 15.3k retweet. Rata-rata netizen meninggalkan pelbagai reaksi mereka mengenai video tersebut di ruangan komen.
Untuk makluman, McLaren 650s dikuasakan oleh enjin V8 3.8-liter twin turbo yang mampu menghasilkan sehingga 641hp dan 678Nm tork. Supercar ini mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 3 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 333km/j.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar