Jika anda mengikut page-page kereta di Instagram, anda pasti kenal akan Supercar Blondie, salah seorang influencer automotif paling berjaya di media sosial.
Dalam video terbaharunya, Supercar Blondie atau nama sebenarnya Alex Hirschi tidak mempersembahkan hypercar atau kereta mewah seperti biasa, tetapi dia telah memberikan tip setahun gaji kepada seorang pekerja car wash atau pusat cuci kereta.
Ismail, seorang warga Bangladesh telah bekerja sebagai pencuci kereta di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (EAB) selama 10 tahun. Ismail juga merupakan salah seorang penonton dan peminat Supercar Blondie.
Menurut Ismail, dia mencuci sehingga 20 buah kereta sehari, dengan upah 20AED (United Arab Emirates Dirham), bersamaan RM22.64. Jadi dia memperoleh sehingga 400AED sehari (RM452.74).
Supercar Blondie merupakan pelanggan tetap di syarikat mencuci kereta dimana Ismail bekerja, dan dia tahu lelaki itu pekerja lama di situ. Jadi, Supercar Blondie ingin memberikan sedikit tip kepada Ismail, tetapi siapa sangka Ismail akan menerima tip bersamaan setahun gajinya hari itu.
Video menunjukkan Supercar Blondie dan rakannya menemu-ramah Ismail, dan bertanya tentang kerjanya. Ismail menjawab dengan penuh mesra dan rendah diri.
Mulanya, Supercar Blondie bertanya berapa jumlah tip tertinggi pernah diterima, dan Ismail menjawab 100 AED. Supercar Blondie mula memberikan tip dengan jumlah yang sama.
Akhir sekali, vlogger ini bertanya berapa jumlah gaji setahun Ismail sebelum menghulurkan wang tip bersamaan nilai setahun gaji Ismail.
Dapat dilihat betapa gembira Ismail menerima wang itu. Ismail berkata dia akan memberikan wang itu kepada keluarganya di Thailand.
Video itu telah mendapat hampir 215k jumlah tontonan di Youtube pada masa artikel ini ditulis. Sementara itu, video sama di Instagram telah mencatat lebih 2.1 juta tontonan dan lebih 6,800 komen.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
cari kerja kereta cuci di Dubai
Cari kerja keretaCuci DiDubai