Pemandu Tata Harrier sesat di hutan berjam-jam kerana ikut Google Maps

1956

Google Maps ialah satu kemudahan yang akan menunjukkan jalan untuk sampai ke suatu destinasi. Namun, kemudahan ini kadangkala akan memberikan jalan yang salah tidak seperti yang diharapkan oleh penggunanya.

Google Maps

Seperti kejadian yang berlaku di India, dimana seorang pemandu Tata Harrier XM tersesat setelah menggunakan Google Maps. Pemandu SUV tersebut difahamkan bersama ibu bapanya dalam perjalanan pulang dari dari Pune ke Jabalpur pada waktu malam.



Kerana kali pertama memandu melalui jalan tersebut, dia mengambil inisiatif untuk menggunakan Google Maps bagi memudahkan perjalanannya. Setelah 14 jam memandu, pemandu tersebut kemudian ditunjukkan jalan alternatif berdekatan bandar Amravati.

Google Maps

Dia tetap terus memandu dan mempercayai Google Maps, walaupun jalan alternatif yang dilaluinya sempit dan gelap. Setelah sejam memandu sejauh 20km, dia sampai di sebuah sungai kecil yang mempunyai jambatan patah.

Pemandu tersebut kemudian menemui jalan berhampiran jambatan yang dia rasakan boleh dilalui, namun SUV yang dipandu ‘lekat’ pada jalan tersebut. 

Google Maps

Setelah berusaha keluar dari keadaan itu selama kira-kira 30 minit, dia meninggalkan kenderaannya kerana melihat asap keluar dari ruang enjin dan terdapat bau terbakar, yang berkemungkinan merupakan tanda-tanda klac haus.

Sistem elektronik kenderaan tersebut juga rosak dan lampu depannya tidak berfungsi. Dia kemudian diselamatkan setelah meminta bantuan di tepi jalan pada pukul 2:30 pagi.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here