Aveta Ranger 110 – Pilihan kapcai baharu bakal masuk Malaysia November ini

4510

Menjelang setahun kelahirannya di pasaran motosikal pada November ini, Aveta Global Marketing Sdn. Bhd. (Aveta) memperkenalkan model baharu sebagai taruhan terbarunya.

Model baharu itu ialah Aveta Ranger 110 yang dijangka dijual sekitar RM3,500 (harga atas jalan) tanpa insurans.



Aveta Ranger

Aveta Ranger 110 dikatakan lebih disasarkan kepada gaya hidup dan keselesaan.

Motosikal ini menggunakan spesifikasi enjin empat lejang satu silinder yang bersesaran 110cc, dengan sistem sejukan udara dan transmisi empat kelajuan berputar.

Aveta Ranger

Kuasa yang dihasilkan adalah sebanyak 7.8hp pada 7,500 rpm dengan tork maksimum 7.8Nm pada 6,500 rpm.

Selain itu, Aveta Global dipercayai sedang menguji beberapa model baharu lagi untuk diperkenalkan ke pasaran tempatan yang dijangka Disember ini.

Aveta Ranger

Masih belum dapat dipastikan model dan sesaran motosikal yang akan diperkenalkan kerana ia masih diperingkat akhir bagi pengkelasan.

Sebelum kemunculan model terbaharu ini, Aveta telah menjual dua model asas untuk pasaran tempatan iaitu Aveta DY90 dan Aveta RX110.

Dua model tersebut menjadi asas kepada Aveta Global Marketing untuk menembusi pasaran tempatan dan diberitakan ketika ini telah menjual hampir 5,000 buah motosikal DY90 dan RX110 sehingga kini.

Kedua-dua model tersebut dipasang sepenuhnya secara pemasangan terurai atau CKD di kilangnya di Lembah Klang dan model Aveta Ranger juga turut dipasang di kilang sama.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here