Serial 1, basikal elektrik dengan gaya retro oleh Harley-Davidson

2491

Apabila trend berbasikal semakin meningkat, terdapat juga lebih banyak pilihan basikal di pasaran. Malah pengeluar sebesar Harley-Davidson juga tidak mahu ketinggalan dengan memperkenalkan basikal elektrik yang dikenali sebagai Serial 1.

serial 1 harley-davidson

Diisnpirasikan dari Harley-Davidson Model 1 yang diperkenalkan pada tahun 1905, basikal elektrik ini dibangunkan oleh sekumpulan peminat basikal yang bekerja di Harley-Davidson.



Jika dilihat dari reka bentuk, Serial 1 menampilkan reka bentuk retro yang menyerupai basikal tua dan disertakan dengan komponen seperti rim hitam yang dilengkapi dengan tayar berwarna putih, rangka badan yang berwarna hitam dan pelana yang lekap dengan spring.

serial 1 harley-davidson

Apa yang lebih menarik, basikal elektrik ini tidak menggunakan rantai sebagai penggerak, tetapi menggunakan timing belt yang seakan sama seperti yang digunakan pada skuter.

Serial 1 dirancang akan diperkenalkan pada 16 November 2020, dan penghantaran akan mula dibuat pada pertengahan tahun 2021.

serial 1 harley-davidson

Masih belum dipastikan spesifikasi dan harga basikal elektrik ini bahkan ianya akan dijual di pusat pengedar Harley-Davidson atau tidak. 

Basikal elektrik memang boleh menjadi alternatif kepada keuntungan Harley-Davidson, terutama ketika pasaran motosikal mereka semakin lemah.

Berdasarkan keadaan ekonomi sekarang dan peraturan pelepasan yang ditetapkan di beberapa negara membuatkan Harley-Davidson kurang mendapat perhatian dan permintaan.

 

Menurut rekod, disebabkan pandemik Covid-19, Harley-Davidson telah mengalami penurunan jualan di Amerika Syarikat sebanyak 10 peratus dan mereka hilang pendapatan sebanyak 12 peratus.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here