Warga emas pandu melawan arus sejauh 2km kini ditahan polis

1482

Berdasarkan satu video tular, seorang pemandu Perodua Kelisa difahamkan nekad memandu melawan arus sejauh 2km dalam kelajuan yang minima di Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA).

Menurut pengguna yang merakam insiden tersebut, dia cuba mengejar kereta berkenaan selepas pemandunya terlibat dengan satu kemalangan dan cuba untuk melarikan diri.



“Saya tengah kejar dia, ini berhampiran Balai Bomba Seksyen 15 (Shah Alam). Kau dah langgar orang, kau lari, kau lawan arus lagi. Dah 2km dia lawan arus. Dua kilometer! Bukan dekat-dekat,” demikian kata pengguna tersebut dalam nada marah.

Menerusi video tersebut juga, kelihatan pemandu berkenaan beberapa kali memberhentikan keretanya di lorong paling kanan laluan bersebelahan.

melawan arus

Klip video berkenaan berakhir apabila kereta Kelisa itu berhenti seketika sebelum ia bertembung dengan sebuah kereta Perodua Myvi yang tidak sempat mengelak.

Perlanggaran itu menyebabkan bahagian hadapan kedua-dua kereta berkenaan kelihatan sedikit remuk.

Insiden yang berlaku kira-kira pukul 5 petang Khamis itu dikatakan berpunca daripada pemandu Kelisa yang juga seorang warga emas berusia 73 tahun tidak mempunyai kad prabayar Touch n Go.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, akibat ketiadaan kad prabayar itu, warga emas tersebut bertindak melawan arus untuk pulang ke rumahnya di Seksyen 8 melalui Plaza Tol Sri Muda.

Pihak polis difahamkan telah menahan warga emas tersebut dan kini dia disiasat di bawah Sek 42(1) APJ 1987 kerana memandu secara melulu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here