Wanita pandu Mini Cooper ‘tersesat’ hingga masuk dalam litar sewaktu perlumbaan

1913

Seorang pemandu Mini Cooper difahamkan tersesat sehingga masuk ke dalam litar Interlagos di Brazil, dimana ketika itu sedang berlangsung perlumbaan Sao Paulo Automobile Championship.

Perlumbaan khas yang hanya melibatkan kereta dari model Mercedes-Benz itu pada mulanya berjalan lancar, sehingga Mini Cooper tersebut memasuki litar dan kemudian diarahkan keluar oleh kereta keselamatan.



Pemandu Mini Cooper tersebut yang dikenali sebagai Renata Monti berkata dia pada mulanya mengambil bahagian dalam perlumbaan drag bersebelahan dengan litar Intergalos.

Namun dia secara tiba-tiba tersesat dan memasuki litar perlumbaan tersebut.

Mini Cooper tersesat

“Saya bersama teman lelaki pergi ke acara ‘Forbidden Races’ untuk menyaksikan dua rakan kami, tetapi kereta salah seorang dari mereka rosak dan tidak dapat mengambil bahagian dalam pertandingan.”

“Walaupun majoriti penonton yang hadir ialah lelaki, saya nampak dua peserta perempuan mengambil bahagian dalam perlumbaan ini dan saya membuat keputusan untuk menyertainya,” kata Monti.

Wanita berusia 29 tahun itu juga berkata ketika tersesat ke dalam litar, dia meminta tolong bagaimana untuk keluar dan dibawa kembali ke tempat dimana dia sepatutnya mengambil bahagian dalam perlumbaan drag.

Semasa siaran perlumbaan Mercedes-Benz Challenge, pengulas perlumbaan berkata bahawa pemandu Mini tersebut sepatutnya ditangkap, tanpa mengetahui kehadiran Monti di litar tersebut adalah sesuatu yang tidak disengajakan.

Persekutuan Automotif Sao Paulo difahamkan sedang menyiasat kejadian berkenaan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here