Pengesan GPS temukan polis Amerika Syarikat dengan beberapa kereta curi, kereta peronda pun ada!

1462

Kenderaan moden pada masa kini yang dilengkapi dengan pengesan GPS membantu pihak berkuasa mengesannya jika ia dicuri. Teknologi ini sememangnya bermanfaat kepada setiap pemilik kenderaan.

GPS tracker

Baru-baru ini, Michigan State Police dikejutkan dengan penemuan beberapa buah kereta curi termasuk kereta peronda didalam sebuah trak setelah mereka menjejaki pengesan GPS .



Penemuan tersebut bermula apabila mereka menerima panggilan kecemasan 911 daripada seorang pemilik yang melaporkan keretanya yang dicuri. Dengan pengesan GPS yang ada pada kereta tersebut, Michigan State Police berjaya mengesan lokasinya.

GPS tracker

Dengan menggunakan koordinat GPS, mereka bergegas ke jalan berhampiran Van Buren Township untuk menjejaki kereta tersebut.

Kereta curi tersebut difahamkan tidak dipandu, malah diletakkan atas sebuah trak, bersama dengan beberapa kereta curi yang lain.

Setelah trak tersebut berjaya dihentikan, pihak polis menemui sekurang-kurangnya tiga lagi kereta lain yang pernah dilaporkan dicuri dan juga kereta peronda jenis Dodge Charger 2020 yang dicuri dari Warren Police Department.

Selain itu, terdapat juga Dodge Charger 2018 yang dicuri dari Southfield Police Department, Dodge Charger 2017 yang dicuri dari Detroit Police Department, Dodge Durango dan Jeep Grand Cherokee.

Wang tunai sebanyak USD10,000 (RM41k) juga dijumpai dalam trak tersebut.

Pemandu trak berkenaan bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan berkata dia hanya mengambil dan memandu trak tersebut menuju ke Belleville untuk mengambil beberapa kenderaan.

Kes ini masih kini disiasat oleh Southeast Auto Theft Team dari Michigan State Police.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here