Kisah seorang rider FoodPanda menjadi tular apabila dia bukan sahaja menerima tip tetapi turut mendapat sekeping nota semasa membuat penghantaran makanan.
Rider yang dikenali sebagai Mohd Fadly Sumarie berkata kejadian itu berlaku ketika membuat penghantaran ke rumah seorang pelanggannya di Ranau, Sabah.
Menurut Fadly yang bekerja sebagai penghantar makanan sejak bulan lalu, dia sering menerima tip daripada pelanggan ketika membuat penghantaran, namun kali ini tip yang diterimanya disertakan dengan satu nota ringkas.
Beradasarkan jumlah pesanan dan mesej pada nota berkenaan, pelanggan tersebut berkemungkinan merupakan sepasang suami isteri yang tidak dikurniakan anak.
Nota tersebut dilekatkan pada wang RM5, yang meminta Fadly mendoakan supaya mereka segera dikurniakan cahaya mata pertama.
Fazly bagaimanpun tidak bertemu dengan pelanggan tersebut, memandangkan keadaan negara kita yang masih dalam proses menangani pandemik Covid-19.
“Pelanggan tu sediakan satu bekas dekat peti pos di luar rumahnya untuk saya letakkan makanan yang dipesan. Di situlah saya menemui tip RM5 berserta sekeping nota.”
“Walaupun masih bujang, saya baca terus jadi sebak. Perkara pertama selepas saya bersyukur dan berterima kasih di atas tip yang diberikan, saya mendoakan mereka dan perkongsian saya di laman sosial agar lebih ramai mendoakan agar dimakbulkan,” kata Fazly.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
[…] aplikasi FoodPanda, pelanggan boleh melakukan tempahan makanan yang kemudian akan dihantar oleh rider FoodPanda dalam tempoh masa yang singkat sebaik sahaja pesanan […]