Polis kesan pemandu Perodua Alza pandu lawan arus

1336

Berikutan satu video tular yang memaparkan sebuah Perodua Alza dipandu melawan arus di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), pihak polis kini giat mengesan dan mengenal pasti pemandunya bagi membantu siasatan.

alza melawan arus

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner, Mohd Said Ibrahim, pihaknya mendapati kejadian terbabit berlaku di sekitar kawasan hentian rehat Senawang di Kilometer 248 (arah utara) menuju ke arah Kilometer 240 Lebuhraya Utara Selatan.



Kereta tersebut difahamkan bergerak di lorong kecemasan secara melawan arus seterusnya memasuki Plaza Tol Pedas-Linggi lalu dipandu ke arah Selatan.

Siasatan awal juga mendapati pemilik kenderaan terbabit adalah seorang wanita berusia 24 tahun yang menetap di Kulai, Johor.

Walau bagaimanapun, status pemandu kenderaan terbabit masih belum dapat dipastikan dan sehingga kini, pihak polis sedang giat mengenal pasti serta mengesan pemandu kereta berkenaan.

Mohd Said berkata, kes terbabit disiasat di bawah Sek 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here