Kebanyakan syarikat pengeluar kenderaan mewah sejak kebelakangan ini bekerjasama dengan syarikat pengeluar telefon pintar. Melalui kerjasama ini, beberapa telefon pintar diperkenalkan, dengan edisi yang lebih rare dan unik.
Baru-baru ini, syarikat pengeluar dari Korea Selatan, Samsung memperkenalkan model terbaru mereka iaitu Galaxy Z Fold 2 dengan edisi Aston Martin Racing.
Telefon pintar edisi khas ini mula dijual pada USD3,145 (RM13k) di China.
Harga tersebut USD599 (RM2.4k) lebih mahal dari model standard Galaxy Z Fold 2. Telefon pintar ini diperkenalkan dengan beberapa aksesori tambahan seperti Galaxy Watch 3 LTE dan merchandise dari Aston Martin Racing seperti topi, kemeja dan casing dengan kemasan kulit.
Walaupun agak mahal untuk sebuah telefon pintar dan beberapa aksesorinya, Samsung Galaxy Fold 2 edisi Aston Martin Racing dijangka akan mendapat sambutan yang baik di kalangan pengguna.
Telefon pintar edisi khas ini akan tersedia di Tmall, China dan akan mula dijual pada 6 November akan datang.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar