Sah: Harga Mitsubishi Xpander RM91k, 2,000 unit tempahan setakat ini

2645

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) selaku pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia pagi ini telah mendedahkan harga Xpander serba baharu.

Mitsubishi Xpander akan dijual pada RM91,369 (atas jalan, tanpa insurans) untuk Semenanjung Malaysia. Harga untuk Sabah, Sarawak dan Labuan pula masing-masing adalah RM92,526, RM92,576 dan RM87,043.



Mitsubishi Xpander didatangkan dengan jaminan 5-tahun tanpa had perbatuan.

Semua harga juga adalah selepas pengecualian cukai SST. Sementara itu, MMM turut mengumumkan bahawa crossover segmen-B itu kini mencatatkan 2,000 unit tempahan setakat ini.

Hanya satu varian Mitsubishi Xpander ditawarkan, dan empat pilihan warna iaitu Titanium Grey, Quartz White, Diamond Black dan Red Metallic. Crossover 7-tempat duduk ini juga merupakan model CKD, dipasang di fasiliti pemasangan MMM di Pekan, Pahang.

Xpander baru ini dikuasakan enjin petrol 1.5-liter MIVEC menggunakan blok aluminium yang menghasilkan kuasa 103hp pada 6,000 rpm dan 141Nm tork pada 4,000 rpm.

Digabungkan dengan transmisi automatik 4-kelajuan, Xpander ini mampu mengoptimumkan kuasa dan penjimatan bahan api.

Luaran

Xpander menampilkan konsep reka bentul hadapan ‘Perisai Dinamik’ (Dynamic Shield), yang digabungkan di dalam setiap kereta baru yang dilancarkan oleh Mitsubishi. ‘Perisai Dinamik’ memberikan prestasi tinggi dan rasa dilindungi untuk pemandu dan penumpang.

Dari segi estetika, Xpander didatangkan dengan beberapa senarai kit yang mengagumkan termasuk lampu hadapan Bi-LED, berkedudukan blok kristal LED dan lampu belakang LED iluminasi L.

Xpander baharu juga dilengkapi rim roda aloi dua tona bersaiz 16 inci. pengguna juga tidak perlu bimbang bila berlaku banjir kilat kerana paras tinggi lantai kereta Xpander ialah 205mm.

Dalaman

Untuk ruangan dalam, secara keseluruhan Xpander mempunyai tinggi 1,730mm dan panjang 4,475mm. Xpander baharu ini memiliki jarak roda 2,775mm dan lebar 1,750mm yang menawarkan lebih banyak ruang kaki untuk semua penumpang.

Xpander diperkenalkan dengan kluster meter berkontras tinggi 4.2 inci yang memaparkan maklumat penting seperti tolok suhu penyejukan enjin, dan amaran bagi kawalan luncur atau bateri lemah di dalam kunci kereta.

Kerusi pada bahagian kedua dan ketiga dapat dilipat rata untuk memberi ruang kepada barang yang penuh. But belakangnya juga direka menyerupai kereta, yang menjadikannya lebih mudah untuk mengangkut barangan besar dan panjang.

Malahan, Xpander juga didatangkan dengan empat corong udara yang dipasang menerusi bumbung bagi edaran udara lebih baik ke atas setiap penumpang. Untuk hiburan, Xpander dipasang sistem audio 9-inci bersama Apple Carplay dan Android Auto.

Keselamatan

Ciri-ciri keselamatan yang disertakan adalah dua beg udara SRS, sistem brek anti penguncian (ABS), edararan tenaga brek elektronik (EBD), Kawalan Aktif Stabiliti (ASC), Sistem Bantuan Brek (BA), Bantuan Permulaan Bukit (HSA), Peringatan Rehat, Sistem Mengatasi Brek (BOS) dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.mitsubishi-motors.com.my/.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here