Rider FoodPanda wanita menangis motosikal guna untuk cari rezeki hilang

2975

Rider penghantar makanan seperti FoodPanda dan GrabFood menggunakan motosikal dalam menjalankan tugas harian mereka. Sudah tentu motosikal ini amat penting bagi dalam usaha mereka mencari rezeki.

Namun, nasib malang menimpa seorang penghantar makanan apabila motosikal yang digunakan untuk mencari rezeki hilang dalam satu kejadian di sebuah pasar raya di Batu Caves.



Dalam kejadian 2 petang semalam, wanita berkenaan dipercayai ingin mengambil makanan untuk dihantar dan meletakkan motosikal di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, apabila kembali semula ke kawasan parkir, dia mendapati motosikal Yamaha 135LC miliknya hilang. Motosikal yang baru sahaja dibeli tiga bulan yang lalu itu dipercayai dicuri oleh dua orang lelaki.

motosikal hilang

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan motosikal itu dan kini sedang mengesan saksi dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian bagi mengenal pasti suspek.

Rata-rata warganet simpati akan nasib yang diterima wanita tersebut, kerana motosikalnya itu digunakan untuk mencari rezeki. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

2 KOMEN

  1. Zaman da gawat masing² da xbole sabo, asek nk baran je…xbole berlebih kurang, xreti nk ckp baik², pelanggan da lapo…penghantar da penat so masing² da hangin, tu yg ckp main hembus je x pike perasaan org….so bykkn lah berzikir sewaktu memandu supaya kuat dn tenang, in syaa Allah cust tu respect awk dn byk ckp…

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here