“Selagi mak masih hidup”, lelaki ini penuhi impian ibu untuk beli kereta idaman

2367

Sebagai seorang anak, sudah tentu kita sangat gembira jika dapat penuhi impian dan harapan kedua ibu bapa, yang telah banyak berkorban sejak kita dilahirkan.

penuhi impian ibu

Perkara ini diluahkan oleh seorang lelaki, @cankkqul di laman Twitter miliknya, dimana dia membeli sebuah kereta Honda Jazz kepada ibu tersayang sebagai tanda membalas jasa orang tuanya.



Menurut lelaki difahamkan menjual dan menyediakan perkhidmatan membaiki semua jenis telefon tersebut, ibunya sudah lama mengimpikan sebuah Honda Jazz, namun tidak kesampaian kerana sudah tidak lagi bekerja.

Tambah @cankkqul, dia turut mendoakan bagi individu yang mempunyai hasrat sama sepertinya, iaitu membahagiakan ibu bapa supaya dipermudahkan urusan dalam mencari rezeki dalam kehidupan seharian.

penuhi impian ibu

Ketika artikel ini ditulis, posting tersebut telah mendapat 7k likes, 2.5k retweets dan pelabagai komen dari warganet yang memuji dan tumpang bangga dengan pencapaian pemuda berkenaan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here