Saat yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia tiba lagi apabila pembentangan Belanjawan 2021 berlangsung Jumaat petang.
Menerusi belanjawan tersebut, kerajaan memperuntukkan RM50 juta bagi menyediakan program latihan dan penempatan semula bagi 8,000 kakitangan daripada syarikat penerbangan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata kerajaan sedar sektor pelancongan terutamanya syarikat penerbangan antara sektor yang paling terkesan.
“Kerajaan akan menyediakan program latihan dan penempatan semula bagi 8,000 kakitangan daripada syarikat penerbangan di Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM50 juta.
“Kerajaan turut menyediakan peluang pekerjaan kepada 500 orang daripada komuniti setempat dan Orang Asli sebagai jurupandu pelancong di semua taman negara bagi merancakkan segmen eko-pelancongan,“ katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021, semalam.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar