Hafizh Syahrin sah sertai pasukan NTS RW Racing GP

1891
hafizh syahrin NTS RW Racing GP

Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah difahamkan secara rasmi akan sertai pasukan NTS RW Racing GP dalam perlumbaan Moto2 untuk musim 2021.

Hafizh akan bergandingan dengan seorang lagi pelumba kelahiran Belgium, Barry Baltus yang berusia 16 tahun.

Kami bangga dan gembira untuk menandatangani Hafizh, yang bukan sahaja seorang pelumba berpengalaman dan berbakat, tetapi juga seorang yang sangat baik hati, kata kata pengurus pasukan NTS RW Racing GP, Jarno Janssen.

hafizh syahrin NTS RW Racing GP

Kami akan menjadi semakin kuat dan lebih baik pada setiap minggu, dan dalam masa yang sama masih membangunkan jentera perlumbaan. Input dan maklum balas pelumba seperti Hafizh sangat penting dalam proses itu, tambahnya.

Hafizh Syahrin juga difahamkan gembira dengan kontrak baru diberikan, dan bersyukur masih dapat bersaing dalam kejuaraan Moto2 dengan mewakili NTS RW Racing GP. 

Saya faham bukan mudah dan banyak usaha diperlukan untuk membangunkan jentera perlumbaan, tetapi saya percaya kepada projek ini. Pasukan ini telah banyak menaik taraf motosikal dalam tempoh yang singkat.

Saya berharap dengan pengalaman dan maklum balas dari saya, kami akan mencipta keputusan yang lebih baik dalam saingan. Saya tidak berada di tahap prestasi terbaik pada musim ini, sebab itu saya gembira dan bersyukur kerana NTS RW Racing GP memberi kepercayaan kepada saya, kata Hafizh.

NTS RW Racing GP akan memulakan musim baru dengan ujian peribadi pada 26 dan 27 November di litar Jerez.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here