Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes semalam berkongsi pengalamannya menjadi penghantar makanan menggunakan perkhidmatan baharu airasiafood.
Dalam laman Instagram miliknya, Tony memuat-naik gambar yang menunjukkannya sedang bersedia untuk melakukan kerja penghantaran makanan. Dia menggunakan motosikal lengkap dengan kotak simpanan makanan.
“Bersedia untuk penghantaran makanan ke rumah anda. Sila lawati @airasiafood,” tulisnya ringkas.
Perkongsian Tony di Instagram itu mendapat lebih 13,000 Like dan lebih 400 komen pada masa artikel ini ditulis.
airasia food ialah platform dalam talian penghantaran makanan baharu seperti Food Panda dan GrabFood. Ia menyokong perniagaan dan francais tempatan dalam tempoh sukar ini.
Syarikat penerbangan, AirAsia kini sedang bergelut untuk meneruskan kelangsungan berikutan sekatan pergerakan global berikutan pandemik Covid-19.
Ia kini menumpukan usaha mempelbagaikan sumber pendapatan menerusi perniagaan bukan penerbangan lain bagi menyokong operasi kumpulan.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar