Berhubung dengan pengumuman Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, seramai tiga individu dibenarkan berada dalam satu kereta bermula semalam.
Menurut Ismail Sabri, pihak kerajaan mendengar banyak pandangan berhubung isu bilangan individu yang dibenarkan dalam satu kenderaan.
Oleh itu, sidang khas semalam membuat ketetapan untuk membenarkan tiga orang dari rumah yang sama dalam satu kenderaan.
“Ini juga bagi memudahkan pihak polis membuat penguatkuasaan dan selaras dengan jumlah yang dibenarkan bagi kenderaan teksi dan e-hailing,” katanya.
Tambahnya, sebelum ini kerajaan menetapkan hanya dua di dalam satu rumah menaiki kenderaan.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar